Isu Palestin merupakan isu politik luar biasa
KUALA LUMPUR 28 Jan. 鈥 Isu berkaitan Palestin merupakan isu politik luar biasa yang melebihi kepentingan bidang sukan.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan wakil Israel ke negara ini bagi menghadiri sebarang acara dan menjadi tuan rumah kepada apa-apa acara melibatkan rakyat Israel adalah kerana prinsip menyokong perjuangan rakyat Palestin.
鈥淪aya faham ada penghujahan kenapa sukan diheret dalam kancah politik, tetapi dalam isu Palestin bukan soal politik yang biasa ia luar daripada kebiasaan.
鈥淪ebaliknya kita pula boleh mengatakan mengapa sukan dipolitikkan untuk menjustifikasi apa sahaja dilakukan oleh Israel,鈥 katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan pelancaran jurnal, 鈥楥urrent Southeast Asian Affairs Special Issue, The 2018 Malaysian General Election: The Return of Mahathir and the Exit of UMNO鈥 di Universiti 红杏视频, di sini hari ini.
Semalam, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menarik hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia yang dijadual berlangsung di Kuching, Sarawak pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini.
Keputusan itu dibuat selepas Malaysia gagal memberi jaminan akan mengeluarkan visa buat perenang Israel.
Sementara itu, tambah Saifuddin, melihat kepada sejarah, Israel juga pernah mengharamkan atlet Palestin daripada mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti tertentu.
鈥淧ada saya, pokoknya, keputusan Malaysia dibuat atas prinsip yang jelas sebagai sokongan terus menerus kepada perjuangan rakyat Palestin. Kebetulan, ia melibatkan sukan,鈥 katanya. 鈥 UTUSAN ONLINE
厂辞耻谤肠别:听
This article first appeared in Utusan Online on January 28, 2019.