Sistem monopoli bank besar perlu dirombak
KUALA LUMPUR: Sistem monopoli oleh bank-bank utama di Malaysia perlu dirombak dengan mewujudkan lebih banyak entiti perbankan kecil dan sederhana bagi memastikan kemampanan ekonomi sekiranya berlaku kejutan luaran tidak dijangka, demikian menurut Asian Shadow Financial Regulatory Committee (ASFRC).
Asian Shadow Financial Regulatory Committee (ASFRC) mengesyorkan lebih banyak lesen diberikan untuk mewujudkan bank kecil dan sederhana supaya tidak memberikan impak besar sekiranya sesebuah bank itu berhadapan dengan krisis.
Ini kerana ASFRC yang mewakili kumpulan pakar pasaran kewangan dan isu dasar berkaitan kewangan menyifatkan sudah terlalu lama bank utama dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mendominasi pasaran.
Ahli ASFRC, Datuk Prof Woo Wing Thye, berkata adalah bahaya bagi sesebuah negara untuk terus bergantung kepada monopoli bank utama dan GLC.
鈥淧erkara ini bukan baharu dan pernah terjadi kepada beberapa negara lain apabila bank utama ini gagal, kerajaan yang akan menyelamatkan situasi itu dengan menggunakan wang pembayar cukai.
鈥淜egagalan bank atas faktor apa sekalipun sama ada salah urus pentadbiran atau lebihan pinjaman tidak akan ditanggung oleh bank-bank ini tetapi oleh rakyat, ia sesuatu yang tidak tepat,鈥 katanya dalam taklimat media ASFRC anjuran Universiti 红杏视频 di sini, hari ini.
Wing Thye yang juga Presiden Institut Jeffrey Cheah bagi Asia Tenggara dan Pengarah Pusat Pembangunan Mampan Jeffrey Sachs berkata, kerajaan perlu melihat perkara ini dan merombak semula sistem monopoli bank utama kepada kewujudan entiti yang lebih kecil.
Beliau berkata, dengan memecahkan monopoli itu, negara akan dapat melaksanakan dua perkara yang lebih baik.
Yang pertama katanya, entiti perbankan yang lebih kecil itu akan dapat memberi perkhidmatan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan lebih baik kerana PKS adalah tulang belakang ekonomi Malaysia.
鈥淚ni kerana kita tahu bank yang lebih besar tidak berminat untuk memberikan pinjaman yang lebih kecil dengan margin keuntungan yang lebih kecil.
鈥淪elain itu, entiti perbankan kecil atau sederhana ini jika mereka mengalami kegagalan, ia idak akan memberikan impak besar kepada ekonomi negara berbanding bank utama yang besar,鈥 katanya.
Wing Thye berkata, kewujudan monopoli oleh bank utama yang besar ketika ini timbul selepas kerajaan melaksanakan pemulihan ekonomi selepas krisis kewangan Asia pada 1997.
Katanya, kewujudan penggabungan bank-bank kepada entiti yang besar itu bagi menahan daripada berdepan dengan krisis kewangan yang lain, yang secara kesimpulannya adalah satu kesilapan kerana penyelesaian terhadap krisis masa lalu berpotensi menjadi penyebab krisis baharu.
Satu daripada krisis pasaran kewangan global yang terbaharu ialah Krisis Gadai Janji Subprima 2008 yang pada dasarnya memaksa Amerika Syarikat dan negara lain ke kemelut kemelesetan.
Sebagai contoh, antara bank pelaburan terbesar di dunia, Lehman Brothers yang terbabit dalam pelaburan gadai janji juga akhirnya gagal untuk terus bertahan selepas terperangkap dalam kejatuhan pasaran hartanah dan hutang.
Walaupun banyak percubaan untuk menghentikan krisis kewangannya termasuk mengeluarkan saham baru, bank itu akhirnya memfailkan kebankrapan pada September 2008.
Sementara itu, Pengerusi ASFRC, Prof Dr Martin Young, berkata dunia berkemungkinan berdepan dengan krisis kewangan global tidak lama lagi.
Young berkata, ini disebabkan oleh peningkatan tahap hutang global yang berada pada AS$244 trilion pada hujung 2016.
鈥淏erbanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), hutang global melebihi 318 peratus ketika ini. Nisbah ini bagaimanapun lebih tinggi pada 2016, pada 320 peratus dan pada 290 peratus pada 2008 apabila berlakunya Krisis Kewangan Global (GFC).
鈥淧eminjam terbesar ketika ini adalah Amerika Syarikat (125 peratus daripada KDNK), China (300 peratus daripada KDNK) dan Eropah (kira-kira 100 peratus daripada KDNK) dan Jepun (237 peratus daripada KDNK),鈥 katanya.
Young yang juga Profesor Kewangan di Universiti Massey New Zealand berkata, secara kolektif, ia menyumbang lebih daripada 67 peratus daripada hutang isi rumah dunia, 75 peratus daripada hutang korporat global dan hampir 80 peratus daripada hutang kerajaan.
Beliau berkata, sejak GFC, pinjaman meningkat dengan ketara dan ini mula menekan hutang global.
Oleh itu katanya, ASFRC mengesyorkan agar ciri-ciri tertentu sistem kewangan Asia ditingkatkan.
鈥淧engawal selia perbankan di Asia sepatutnya melihat ke arah meningkatkan keperluan modal bank di luar tahap Basel 3 seperti yang sedang dilakukan di Switzerland dan New Zealand.
鈥淛uga harus ada inisiatif mengurangkan pergantungan terhadap dolar Amerika Syarikat. Integrasi pasaran kewangan serantau perlu dijalankan dengan menggunakan mata wang tempatan untuk penerbitan bon korporat,鈥 katanya.
Cadangan lain yang dicadangkan ASFRC katanya adalah bagi prosedur pengurusan dan penyelesaian krisis di Asia yang akan diselia Pejabat Penyelidikan Makroekonomi Asean+3 (AMRO).
厂辞耻谤肠别:听
This article first appeared in Berita Harian Online on January 21, 2019.